Sabah Triton Expedition raikan Aidilfitri bersama anak yatim dan golongan asnaf

Sabah Triton Expedition raikan Aidilfitri bersama anak yatim dan golongan asnaf

Lahad Datu: Kelab pacuan empat roda, Sabah Triton Expedition (STX) meraikan seramai 50 orang anak yatim dan asnaf daripada Madrasah Mahabbah dalam satu Majlis Rumah Terbuka Raya di Ballroom Bakso Legend, Lahad Datu.

Jelas Pengerusi STX, Amiruddin Lasape, misi utama kelab itu lebih berfokus kepada kebajikan dan silaturrahim seterusnya menyantuni mereka yang kurang bernasib baik.

Menurut beliau, program tersebut julungkali diadakan dan dihadiri lebih daripada 200 orang.

“Kita raikan anak-anak syurga dari Madrasah untuk anak-anak yatim bersama dengan sahabat-sahabat STX.

“Setakat ini, ahli STX ada dalam 50 orang ditambah dengan anak-anak Syurga dengan tenaga pengajar, jadi anggaran dalam 70 orang dengan tetamu jemputan semua dalam 200 oranglah.

“Ini yang unik, jika di STX ini kita lebih kepada silaturrahim kemudian kita lebih kepada kebajikan,” katanya.

Tambah Amiruddin, selepas ini, Kelab Pacuan Empat Roda STX bakal meneruskan jelajah ke daerah seterusnya bagi meraikan Aidilfitri bersama anak yatim, asnaf dan golongan yang kurang bernasib baik.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|