Sabah perlu polisi perumahan komprehensif – Dr Aliakbar

Sabah perlu polisi perumahan komprehensif – Dr Aliakbar

Kota Kinabalu: Sabah memerlukan polisi perumahan yang komprehensif dan sekali gus mengutamakan kebajikan rakyat di negeri ini.

Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan berkata, warganegara khususnya di kawasan setinggan, memerlukan perumahan rakyat demi keselesaan mereka dan keluarga.

Dr Aliakbar menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar.

“Sudah sampai masanya kerajaan negeri memikirkan untuk mewujudkan polisi perumahan yang komprehensif.

“Terlalu banyak kejadian musibah berkaitan kebakaran di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambah Aliakbar perumahan untuk rakyat perlu disusun atur secara sistematik supaya kehidupan masyarakat lebih sempurna dan teratur.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata demikian ketika menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar.

Terdahulu, kejadian kebakaran yang berlaku itu telah membabitkan sebanyak enam buah rumah dan dua buah kereta yang musnah terbakar.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|