Kanak-kanak lelaki lemas mandi parit

Kanak-kanak lelaki lemas mandi parit

Kota Marudu: Seorang kanak-kanak lelaki lemas, rakan tidak sedarkan diri selepas mandi di parit di Jalan Radu, di sini, hari ini.

Mohammad Azam Masrul Abdullah, 10, disahkan meninggal dunia lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Kota Marudu.

Manakala rakannya lelaki berusia 10 tahun tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Marudu, Hasbi Hajat berkata, sebaik menerima panggilan berhubung terdapat budak lemas jam 4.49 petang, sepasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, mangsa pertama berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri, seterusnya mangsa dibawa ke hospital oleh orang awan untuk rawatan lanjut.

“Mangsa kedua turut diselamatkan oleh orang awam dan dilaporkan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kedua sempat diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) oleh seorang pegawai bomba yang berada di luar waktu penugasan di lokasi kejadian sementara menunggu ketibaan pasukan bomba dan ambulans.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Hospital Kota Marudu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepad pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan pada jam 5.45 petang,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|