Sabah antara sasaran operasi jenayah hidupan liar, penyeludupan

Sabah antara sasaran operasi jenayah hidupan liar, penyeludupan

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM menahan seramai 88 individu termasuk 15 warga asing bersama rampasan berjumlah lebih RM64 juta dalam 35 serbuan dan operasi membabitlan pelbagai kesalahan penyeludupan di beberapa negari termasuk Sabah.

Serbuan dari 1 hingga 20 Januari lalu itu dijalankan PDRM menerusi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dsn Ketenteraman Awam (JKDNKA) iaitu Biro Jenayah Hidupan Liar (Wildlife Crime Bureau) Perisikan Siasatan Khas (PSK).

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, operasi berkenaan dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kastam 1967 dengan jumlah rampasan bernilai RM4.2 juta.

“Seterusnya Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dengan jumlah rampasan bernilai RM1.2 juta, Akta Bahan Letupan 1957 (RM7.7 juta), Akta Kawalan Bekalan 1961 (RM10 juta), Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (RM2.2 juta) dan Seksyen 170 Kanjn Keseksaan (RM5,200).

“Antara lokasi serbuan di Sabah, Selangor, dan Perak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, PDRM melalui JKDNKA akan terus memacu langkah ke hadapan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain dalam memerangi jenayah kontraban dan pelbagai kesalahan lain.

Operasi dijalankan di Selangor dan Perak.

“Kerjasama daripada orang ramai juga amat digalakkan bagi menyalurkan maklumat kepada PDRM untuk diambil tindakan,” ujarnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|