Faktor keselamatan, kesihatan terus diutamakan sektor pelancongan

Faktor keselamatan, kesihatan terus diutamakan sektor pelancongan

Kota Kinabalu: Faktor keselamatan dan kesihatan akan sentiasa menjadi keutamaan selaras dengan usaha untuk membawa pelancong antarabangsa ke negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, pihaknya akan bertemu dengan pihak berwajib untuk mengenal pasti dasar yang sesuai dilaksanakan.

Christina ditemui pada Majlis Santapan Tahun Baharu Cina 2023 di Port View Palace Hall Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.

“Saya akan adakan pertemuan dengan Pengarah Taman-Taman Sabah. Kita akan cuba lakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan sentiasa terjaga.

“Walaupun kita ingin membawa masuk pelancong untuk melawat Sabah, namun faktor keselamatan dan kesihatan terus menjadi keutamaan.

“Kita ingin bincangkan dasar dan peraturan yang boleh dikuatkuasa menerusi agensi-agensi pelancongan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Santapan Tahun Baharu Cina 2023 di Port View Palace Hall Tanjung Lipat, di sini, semalam.

Sementara itu, katanya, beliau optimis dan percaya tahun baharu ini akan membawa pemulihan kepada industri pelancongan.

Namun pada masa yang sama, beliau berkata, pihaknya akan mengambil iktibar daripada tragedi yang berlaku di Batang Kali, Selangor pada akhir tahun lalu.

“Kita akan nasihatkan mana-mana pemain industri untuk memastikan mereka mempunyai lesen sah sebelum mula beroperasi.

“Kerana kita tidak inginkan tragedi itu berulang, ia akan menyebabkan kehilangan nyawa dan memberi impak negatif kepada industri,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|