KOTA KINABALU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengakui , beliau turut ditawarkan menduduki kabinet persekutuan dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Anwar Ibrahim minggu lepas.
Bagaimana pun beliau menolak tawaran tersebut kerana ingin memberikan tumpuan kepada parti khususnya untuk menghadapi PRN ke-17 akan datang.
” Ya saya menerima tawaran tersebut,bagaimanapun saya menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada tanggungjawab saya sebagai pengerusi perhubungan UMNO/BN Sabah untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO di Sabah yang bakal berhadapan dengan PRN ke-17 akan datang” katanya ketika ditemui di sini kemarin.
Menurut Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah tawaran ini mengenapikan persepsi pelbagai pihak yang UMNO Sabah dipinggirkan dalam rombakan kabinet kali ini.
Persepsi ini dimainkan oleh pihak tertentu di pelbagai media sosial dan menghangatkan lagi tanggapan tersebut apabila Ahli Parlimen Beaufort yang mewakili UMNO Sabah, Datuk Siti Aminah Aching yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi turut digugurkan dalam rombakan tersebut.
Bung Moktar berkata soal pelantikan Jemmah Kabinet Persekutuan merupakan hak mutalak Perdana Menteri yang tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
” Pihak luar hanya pandai membuat persepsi kita di dalam lebih maklum tujuan mereka hanya ingin melemahkan UMNO khususnya di Sabah justeru abaikan ahli UMNO di Sabah tanggapan negetif ini yang hanya betujuan melemahkan UMNO Sabah” katanya.
Menurut beliau penguguran Aminah sebagai Timbalan Menteri tidak mencerminkan UMNO Sabah dipinggirkan dalam rombakan tersebut memandangkan UMNO turut diberikan ruang dalam rombakan baharau ini apabila Naib Persiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik menjadi Menteri Perladangan dan Komoditi dan Ketua Wanita Datuk Seri Noraini Ahmad dibawa masuk semula dalam jemaah kabinet dan dilantik menjadi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
“Pelantikan ini sudah tentu memberikan ruang atas kepasiti mereka dalam organisasi parti, Johari sebagai Naib Persiden UMNO dan Noraini sebagai Ketua Wanita lagi pun mereka dilantik tidak mengambarkan hanya berkhidmat untuk ahli-ahli UMNO di semenanjung Makaysia sahaja tapi untuk rakyat dan ahli UMNO di seluruh negara” jelasnya.
Sementara itu Aminah ketika ditemui berkata beliau berlapang dada menerima keputusan tersebut dan turut mengakui soal perlantikan jemaah menteri adalah atas budi bicara Perdana Menteri.
” Saya berlapang dada menerima pengguran ini ,bagi saya mungkin untuk memberikan ruang kepada Noraini selaku Ketua Wanita UMNO,kita perlu akur dan melihat kedudukan hariki dalam parti” katanya.
Aminah juga turut menafikan yang pengguran beliau disebab oleh prestasi beliau semasa menjawat timbalan menteri.
” Saya pun dari awal tidak dimaklumkan mengenai pengguran ini memang saya aku sejak beberapa bulan lepas saya kurang sehat dan bercuti rehat lebih tiga bulan kerana baru menjalani pembedahan kedua dua lutut saya bagaimana pun bila keadaan pulih sedikit program kementerian saya hadir dan hadir juga ke dewan rakyat mewakili menteri menjawap soalan cuma saya tidak dapat bergerak jauh termasuk balik ke kawasan dalam keadaan kesihatan yang belum stabil.
Menurut Aminah beliau bersikap terbuka dan profesional menerima keadaan itu kerana hak memilih barisan kabinet merupakan hak Perdana Menteri.
Sambil menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri ,Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin yang memberikan kepercayaan dan sokongan untuk dilantik sebagai timbalan menteri untuk tempoh setahun selain memberikan kepercayaan sebagai calon BN dan menduduki Ahli.Majlis Tertinggi Umno, Aminah berkata belum akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli parlimen dan ahli parti.
” Kini saya akan lebih fokas untuk memberikan perhatian hal kawyasan terutamanya di kawasan Parlimen Beaufort yang sebelum ini terhad dengan tugas saya di kementerian Peladangan dan Komoditi” katanya.
Deasoka