KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesemua ahli Jemaah Menteri untuk mempamer prestasi dan perkhidmatan terbaik kepada negara.
Mengulas mengenai rombakan kabinet pentadbiran Kerajaan Perpaduan Madani yang diumumkan beliau hari ini, Anwar dalam posting akaun Facebook rasminya mengesa supaya agenda kerajaan terus diperkasa.
“Saya maklumkan tidak perlu ada perubahan pada Kabinet di tahun mendatang jika kita berada dalam prestasi baik, memuaskan dan tidak ada tekanan atau permasalahan baharu.
“Hatta, agenda Kerajaan perlu terus diperkasa melalui penyampaian perkhidmatan secara telus, cekap dan mesra rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.
Terdahulu, rombakan kabinet berkenaan menyaksikan peningkatan ahli jemaah menteri meningkat daripada 55 orang kepada 60 orang melibatkan Menteri dan Timbalan Menteri.
Empat kementerian baharu turut diwujudkan yakni Kementerian Peralihan tenaga dan Daya Guna Awam, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.
Rombakan tersebut juga menyenaraikan pertukaran potfolio di antara Menteri dan Timbalan Menteri selain menampilkan lima muka baharu.
Tiga ahli parlimen digugurkan daripada jawatan disandang sebelum ini.
Berikut merupakan senarai kabinet baharu/rombakan Kerajaan Perpaduan MADANI;
PERDANA MENTERI: Datuk Seri Anwar Ibrahim
KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri Kewangan: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying
KEMENTERIAN KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH
Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan: Datuk Rubiah Wang
KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN DAYA GUNA AWAM
Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam: Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) :Datuk Na’Im Mokhtar
Timbalan: Zulkifli Hasan
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) – Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan: M Kulasegaran
JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Timbalan: Datuk Hasbi Habibollah
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan:Datuk Seri Mohamad Sabu
Timbalan:Datuk Arthur Joseph Kurup
KEMENTERIAN EKONOMI
Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Timbalan: Datuk Hanifah Hajar Taib
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan: Datuk Aiman Athirah Sabu
KEMENTERIAN LUAR
Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Mohamad Hasan
Timbalan: Datuk Mohamad Alamin
KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Ahmad Maslan
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah
KEMENTERIAN PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI
Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan: Liew Chin Tong
KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri Pertahanan:Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan: Adly Zahari
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Menteri Pendidikan Tinggi: Datuk Seri Zambry Abd Kadir
Timbalan: Datuk Mustapha Sakmud
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan: Datuk Mohammad Yusof Apdal
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan: Datuk Seri Huang Tiong Sii
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi : Datuk Ewon Benedick
Timbalan: Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan
KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Datuk Seri Tiong King Sing
Timbalan: Khairul Firdaus Akbar Khan
KEMENTERIAN KOMUNIKASI
Menteri Komunikasi: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Timbalan: Teo Nie Ching
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan: Adam Adli Abd Halim
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Timbalan: Wong Kah Woh
KEMENTERIAN PERPADUAN
Menteri Perpaduan : Datuk Aaron Ago Anak Dagang
Timbalan:Saraswathy Kandasami
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Datuk Armizan Mohd Ali
Timbalan: Fuziah Salleh
KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Timbalan: Datuk Chan Foong Hin
KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Timbalan: Datuk Lukanisman Awang Sauni
KEMENTERIAN DIGITAL
Menteri Digital: Gobind Singh Deo
Timbalan: Datuk Ugak Anak Kumbong
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri Sumber Manusia: Steven Sim Chee Keong
Timbalan: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Deasoka