RM76,663,880.41 kutipan zakat setakat Jun lalu

RM76,663,880.41 kutipan zakat setakat Jun lalu

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah memungut kutipan zakat sebanyak RM76,663,880.41 setakat bulan Jun lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, pungutan berkenaan adalah melibatkan pecahan-pecahan jenis zakat.

“Kutipan zakat ini adalah dari pelbagai jenis iaitu Zakat Pendapatan (RM5,419,984.32), Zakat Penggajian (RM33,630,129.10), Zakat Simpanan (RM4,179,495.03), Zakat Perniagaan (RM22,432,855.30), Zakat Emas/ Perak: (RM561,625.54), Zakat Saham (RM115,735.76), Zakat Pertanian (RM35,909.08), Zakat Ternakan (RM17,451.02) dan Zakat Fitrah (RM10,270,695.26), ” katanya.

Caption Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersalaman Timbalannya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang Ke-16 di DUN, Likas, di sini hari ini.

Ruslan berkata demikian bagi menjawab persoalan daripada ADUN Sebatik, Datuk Hassan Awg Ghani Pengiran Amir kepada Ketua Menteri Sabah, berhubung jumlah kutipan zakat setakat bulan Jun 2023 dan jumlah sumbangan yang telah dikeluarkan daripada zakat tersebut dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, bagi agihan zakat kepada asnaf (penerima) sehingga Jun 2023 pula, adalah melibatkan jumlah sebanyak RM76,506,163.58.

“Pecahan agihan adalah melibatkan agihan kepada golongan penerima terdiri daripada Fakir (RM28,564,966.46), Miskin (RM12,083,003.24), Amil (RM7,221,835.47), Mualaf (RM1,780,385.50), Al Riqab (RM12,081,167.33), Ibnu Sabil (RM226,367.89), Gharimin (RM126,690.00) dan Fisabilillah (RM14,421,747.69), ” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|