Pertimbang kajian semula pembinaan ICQS Nabawan: Ghani

Pertimbang kajian semula pembinaan ICQS Nabawan: Ghani

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri diminta untuk mempertimbangkan kajian semula pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Kampung Bantul Pensiangan, Nabawan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Abdul Ghani Yassin berkata, ini memandangkan pihak kerajaan negara jiran, Indonesia dikenalpasti hampir selesai membina dan mewujudkan pos sempadan di kawasan Labang di mana berhampiran dengan kampung berkenaan.

“Berhujah mengenai isu infrastrukutur atau prasarana saya ingin bertanya dan tekankan kepada pihak kerajaan negeri mengenai status terkini cadangan pembinaan ICQS atau Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di Kg Bantul Pensiangan yang terletak di daerah Nabawan?

ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Yassin

“Saya mengalu-alukan perkara ini untuk dilakukan kajian semula berikutan pihak kerajaan negara jiran iaitu Indonesia sudah hampir selesai membina atau mewujudkan pos sempadan mereka di Labang Pansiangan Indonesia iaitu bersebelahan dengan Kg Bantul Pensiangan.

“Oleh itu, adalah menjadi harapan saya agar kerajaan negeri mengambil perhatian khusus berkenaan dengan perkara untuk bekerjasama dengan pihak kerajaan persekutuan agar ada tindakan susulan yang pantas dan sesuai boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Kerajaan (Pindaan) 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Rabu.

Untuk rekod, pada Julai tahun lalu, ICQS Nabawan telah dicadangkan bagi tujuan pembinaan melibatkan proses permohonan tanah berkeluasan kira-kira 26.3 hektar.


Indonesia kini sedang rancak membangunkan ibu negara baharu mereka, Nusantara yang terletak di Kepulauan Borneo, berhampiran dengan sempadan Sabah dan Sarawak.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|