Ribut tropika Jelawat dijangka rentasi Laut Sulu di Timur Sabah: MET Malaysia

Ribut tropika Jelawat dijangka rentasi Laut Sulu di Timur Sabah: MET Malaysia

KOTA KINABALU: Ribut Tropika Jelawat kini berada di kedudukan 7.5°U 129.0°T di tenggara Filipina dan dijangka bergerak ke barat merentasi Laut Sulu dan seterusnya ke Laut China Selatan.

Keadaan ini dijangka boleh mengakibatkan hujan lebat, angin kencang dan laut bergelora di Sabah.

Sehubungan itu, MET Malaysia dalam kenyataan medianya hari ini telah mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan (Waspada) serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora melibatkan negeri Sabah.

MET Malaysia akan mengemaskini nasihat dan amaran tersebut dari semasa ke semasa berdasarkan situasi terkini.

Maklumat cuaca terkini boleh diperolehi melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Jabatan dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|