Polis Tawau, SESB terus giat banteras penyambungan elektrik haram

Polis Tawau, SESB terus giat banteras penyambungan elektrik haram

Tawau: Sebanyak 150 kilogram wayar elektrik dan kabel pelbagai saiz dipercayai hasil daripada penyambungan haram di dua perkampungan di daerah ini dirampas dalam operasi, semalam.

Operasi yang bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bersama Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan beberapa agensi lain.

Sebanyak 150 kilogram wayar elektrik dan kabel pelbagai saiz dirampas,

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, operasi pemotongan bekalan eletrik dijalankan di sekitar Kampung Batu 15 dan Kampung Jati Batu 5, Jalan Apas.

Katanya, seramai tiga anggota dari Balai Polis Tawau bersama 42 kakitangan SESB dengan dibantu tiga polis bantuan SESB menyertai dalam operasi berkenaan.

Anggota polis bekerjasama dengan kakitangan SESB dalam operasi.

“Sebanyak 150 kilogram wayar elektrik dan kabel pelbagai saiz dirampas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jasmin berkata, kesan daripada insiden curi kabel ini menyebabkan ketidakstabilan bekalan elektrik di daerah ini.

Sehubungan itu, katanya orang awam diminta bekerjasama melaporkan kepada SESB kerana kegiatan ini bukan sahaja hanya menyebabkan kerugian SESB tetapi merugikan pengguna dan pelanggan.

“Ini kerana bila ada sambungan haram, ia akan menyebabkan gangguan bekalan akibat arus melampau secara tidak langsung.

“Polis Tawau dengan kerjasama SESB akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan perbuatan mencuri bekalan elektrik,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|