Kerajaan negeri sentiasa sokong penganjuran aktiviti masyarakat Cina

Kerajaan negeri sentiasa sokong penganjuran aktiviti masyarakat Cina

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan kepada masyarakat Tionghua untuk menganjurkan aktiviti kebudayaan mereka, termasuk Tahun Baharu Cina.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata perayaan itu turut diraikan bersama rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini.

“Kita bersyukur kerana masyarakat Tionghua dapat menyambut dan meraikan TahunBaharu Cina pada tahun ini dalam suasana aman, harmoni dan penuh muhibah,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di sini, hari ini.

Berdasarkan Zodiak Cina, 2023 menandakan Tahun Arnab, iaitu haiwan yang dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang.

Hajiji berkata, Tahun Arnab juga menandakan tahun harapan yang sememangnya amat tepat apabila dalam usaha untuk keluar daripada tempoh dua tahun pandemik yang mencabar.

“Semoga tahun ini akan membawa lebih banyak keharmonian, kemajuan ekonomi dan kemakmuran kepada rakyat serta negeri Sabah.

“Bagi pihak kerajaan negeri dan keluarga, saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Tionghua dan yang meraikannya di negeri ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|