Polis Sandakan nafi aktiviti penggambaran video lucah di Sandakan

Polis Sandakan nafi aktiviti penggambaran video lucah di Sandakan

Sandakan: Polis Sandakan menafikan berlaku aktiviti penggambaran video lucah di daerah ini seperti tular melalui media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, sebelum ini terdapat satu rakaman video yang memaparkan aksi penggambaran filem lucah.

Menurutnya, video tular itu memaparkan aksi penggambaran filem lucah di sebuah lokasi yang tidak dikenalpasti, iaitu di kawasan tepi pantai yang berlatar belakangkan sebuah batu besar di atas permukaan air laut.

Pihak polis Ibu Pejabat Polis Sandakan telah membuat siasatan perkara berkenaan mendapati tiada sebarang kegiatan penggambara video lucah yang berlaku di daerah Sandakan.

Justeru, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menularkan rakaman video lucah tersebut.

Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menyimpan sebarang video lucah kerana menyalahi undang-undang di negara ini.

Perbuatan sedemikian boleh diambil tindakan dibawah Akta Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimapun, tegasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai lokasi kejadian boleh menyalurkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu rakaman video penggambaran video lucah di tepi laut, menerusi video tersebut turut kelihatan batu berbentuk haiwan iaitu sapi, namun hanya bahagian badan dan kaki.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|