PM dijangka hadir sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Hongkod Koisaan

PM dijangka hadir sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Hongkod Koisaan

Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri Mei yang akan diadakan di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang, pada 31 Mei depan.

Ini merupakan antara perkara yang dibincangkan semasa jawatankuasa pusat Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) yang diketuai Presidennya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Pada mesyuarat itu, Pairin turut membentangkan laporan pembangunan KDCA kepada Hajiji, yang termasuk, antara lain rancangan pembesaran dan naik taraf bangunan KDCA dan penubuhan Yayasan Pendidikan dan Amal HuguanSiou.

Turut hadir Timbalan-timbalan Presiden, Datuk Seri Clarence Bongkos Malakun, Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Datuk Seri Joachim Gunsalam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|