Pimpinan Gagasan Rakyat di semua peringkat perlu perkemaskan parti, tambah ahli parti

Pimpinan Gagasan Rakyat di semua peringkat perlu perkemaskan parti, tambah ahli parti

Tawau: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mahu pimpinan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di semua peringkat memperkemaskan bahagian masing-bahagian masing-masing sebagai persediaan menghadapi Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Presiden Gagasan Rakyat itu berkata paling penting adalah untuk memperbanyakkan keahlian parti selain menubuhkan cawangan parti di semua bahagian.

Hajiji juga mahu semua bahagian parti perlu menjadi kuat kerana hanya dengan kekuatan saja pelbagai cabaran boleh dihadapi.

“Pada masa ini, Gagasan Rakyat mempunyai lebih 200,000 keahlian dan menjelang hujung tahun ini, keahlian akan mencecah 300,000 orang. Saya yakin selepas perhimpunan agung selesai, Gagasan Rakyat akan menjadi satu parti yang kuat di negeri ini.

“Justeru, adalah penting untuk memperbanyakkan keahlian partii selain menubuhkan cawangan parti di semua bahagian. Untuk menguatkan parti, kita perlu mempunyai ahli yang ramai dan cawangan yang banyak.

“Selain itu, menjadi harapan saya agar pimpinan parti di semua peringkat memperkemaskan bahagian masing-masing sebagai persediaan menghadapi Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Ramah Mesra bersama pemimpin dan ahli Gagasan Rakyat Bahagian Parlimen Tawau dan Kalabakan, di sini pada Ahad.

Hajiji juga mahu semua bahagian parti perlu menjadi kuat kerana hanya dengan kekuatan saja pelbagai cabaran boleh dihadapi.

“Inilah harapan kita dan kehendak ahli serta rakyat Sabah iaitu kita mesti menggunakan platform parti tempatan. Kita akan terus berjuang bersama rakyat agar dapat membangunkan Sabah dengan lebih teratur dan rancak.

“Keputusan kita untuk menubuhkan parti lokal (tempatan) adalah tepat dan baik untuk masa depan negeri ini,” katanya yang turut menyatakan rasa gembira dapat hadir pada majlis santai berkenaan.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|