Perbicaraan kes Ebit Lew bersambung esok hingga 10 Februari

Perbicaraan kes Ebit Lew bersambung esok hingga 10 Februari

Kota Kinabalu: Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew bersambung di Mahkamah Majistret Tenom bermula esok hingga 10 Februari ini.

Sebelum ini, perbicaraan kes berkenaan diadakan selama tiga hari pada 20 hingga 22 Disember lalu.

Setakat ini, pihak pendakwaan sudah memanggil lima saksi termasuk pendakwah bebas, Firdaus Wong.

Pada 18 Februari tahun lalu, Ebit didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di Tenom.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021 sebelum laporan polis terhadapnya dibuat pada 7 Ogos 2021.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Ebit bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua 11 pertuduhan berkenaan.

Majistret Nur Asyraf Zolhani sebelum ini mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan terhadap Ebit.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|