Lelaki ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam rumah berkunci

Penampang: Pasukan bomba terpaksa dipanggil bagi membantu membuka pintu sebuah rumah di Penampang Baru, di sini, pagi tadi, selepas seorang lelaki dikesan tidak sedarkan diri.

Sebaik berjaya dibuka, mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman @ Arman Mosrih, 48, bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.38 pagi.

Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.

“Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan rumah terkunci membabitkan seorang mangsa lelaki ditemui tidak sedarkan diri.

“Operasi membuka pintu terkunci terus dijalankan dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir membantu di lokasi kejadian,”katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 9.45 pagi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|