Penunggang motosikal cedera nahas dengan bas ekspres

Penunggang motosikal cedera nahas dengan bas ekspres

Beluran: Penunggang motosikal cedera di kepala selepas terbabit kemalangan dengan bas ekspres di Batu 12, Jalan Telupid – Ranau, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 petang itu, mangsa lelaki yang cedera dihantar ke Klinik Telupid, untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, pemandu dan penumpang bas ekspres tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kedua-dua kenderaan dari arah yang sama iaitu Telupid menuju ke Ranau.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas ekspres dari arah belakang hendak memotong motosikal di hadapannya yang tiba-tiba membelok ke sebelah kanan.

“Pemandu bas ekspres cuba mengelak tetapi gagal kerana jarak sudah dekat lalu terlanggar motosikal berkenaan sebelum terbabas di sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|