Pendaki gunung diselamatkan di Sayat-Sayat

Pendaki gunung diselamatkan di Sayat-Sayat

RANAU: Seorang pendaki gunung wanita mengalami kecederaan di pergelangan kaki, sebelum diselamatkan pasukan penyelamat di ‘check point’ Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu, hari ini.

Pendaki tersebut kemudiannya dipapah turun oleh sepasukan anggota PPB Mosar Bomba Ranau yang turut dibantu malim gunung dan petugas di kawasan berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Bilik kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau menerima panggilan kecemasan daripada PPB MOSAR melaporkan terdapat seorang pendaki gunung kinabalu mengalami kecederaan terseliuh kaki dan bengkak di buku lali kaki kanan di Check Point Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu.

“Pasukan MOSAR bersama Malim Gunung dan Parksar menurunkan mangsa dengan menggunakan kaedah piggyback carrying.

“Maklumat lanjut akan bomba salurkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|