Pelancong China maut, bas terbabit nahas

Pelancong China maut, bas terbabit nahas

SEMPORNA: Seorang pelancong China maut apabila bas persiaran dinaikinya terbabit nahas dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 21, Jalan Semporna-Tawau, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, lelaki berusia 56 tahun itu meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu dan 15 penumpang lain bas persiaran berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superitenden Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, bas persiaran terbabit dikatakan dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau dari arah daerah Semporna.

“Lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki pula dari arah bertentangan dipercayai termasuk lorong laluan bas persiran berkenaan.

“Akibat kejadian itu, bas tersebut yang membawa penumpang seramai 15 orang pelancong warga China dalam lingkungan berumur 30 hingga 60an terbabas dan terbalik ke sebelah kiri jalan.

“Dalam kejadian kemalangan ini, salah seorang Lelaki pelancong warga China yang juga penumpang bagi bas Persiaran Pelancongan tersebut, telah meninggal dunia dan telah dirujuk ke Hospital Daerah Semporna, sementara penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan ” katanya, dalam kenyataan media, hari ini.

Jelas beliau, pemandu lori Isuzu tersebut mengalami kecederaan patah kaki sebelah kanan, dan dirujuk ke Hospital Daerah Tawau. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|