Mutiara GRS santuni program di Kota Belud

Mutiara GRS santuni program di Kota Belud

Kota Belud: Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) mengambil peluang mencuba melakukan tenunan siambitan sambil dibantu oleh kakitangan di pusat berkenaan, Hajah Landongan Haji Sulaiman, ketika lawatan di Pusat Tenunan Kampung Rampayan Laut, di Kota Belud, pada Jumaat.

Tenunan Siambitan diusahakan oleh suku kaum Irranun yang menetap di sekitar daerah Kota Belud dan kain tenunan tradisional ini dijadikan tanjak, samping atau selendang.

Lawatan bersama rombongan MUTIARA GRS itu adalah sempena Program amal menyantuni pelatih-pelatih istimewa, pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim di daerah Kota Belud dan Tamparuli serta lawatan ke Pusat Tenunan Kampung Rampayan Laut dan Pusat Pameran di Kampung Taun Gusi,Kota Belud.

Sempena program itu, Juliah bersama rombongan turut mengambil peluang beramah mesra bersama penghuni di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti di Kota Belud.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|