Festival Regatta Lepa: Ceramah Perdana Solidariti Palestin

Festival Regatta Lepa: Ceramah Perdana Solidariti Palestin

Semporna: Menjelang sambutan Festival Regatta Lepa satu Ceramah Perdana Perpaduan dan Solidariti Semporna bersama Palestin akan diadakan pada 14 November ini.

Menurut Pengerusi Penganjur , Datuk Abdul Hajan Gurimbang ceramah ini dianjurkan oleh Persatuan Rumpun Bajau Sama Sabah Cawangan Semporna.

“Ceramah ini akan diadakan di Padang Pekan Semporna pada jam 7.30 malam dan akan dihadiri oleh penceramah terkenal nusantara, Ustaz Dr Haji Das’ad Latif,” katanya.

Dalam pada itu Hajan yang juga Pengerusi Pelaksana Festival Regatta Lepa tahun ini memberitahu pada 15 November pula akan diadakan Majlis Malam Karyawan, 16 November Majlis Igal Antarabangsa melibatkan peserta dari selatan negara Filipina dan Kalimantan Indonesia ,17 November Malam Mag Lami Lami dan dijadualkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor akan merasmikan dan menanagguhkan festival ini pada 18 November.

“Semua orang dijemput hadir ke Semporna,” katanya

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|