Mayat nelayan ditemui selepas hilang lebih 24 jam

Mayat nelayan ditemui selepas hilang lebih 24 jam

Tawau: Mayat seorang nelayan ditemui di perairan Batu 5 Tawau melalui operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua di kawasan perairan Batu Payung Tawau, Sabah, pada Isnin.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada jam 3.19 petang sebelum menggerakkan bot APMM ke lokasi kejadian untuk pengambilan mayat.

Mangsa lelaki itu dikenali sebagai Husin, 30, ditemui terapung oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di perairan Batu 5, Jalan Apas, Tawau.

Mayat seterusnya dibawa ke pusat operasi SAR di Batu Payung untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, pada Ahad, mangsa dikatankan keluar dari rumahnya di Kampung Kurnia Jaya pergi menangkap ikan di kawasan perairan Batu Payung pada sebelah pagi dan sepatutnya pulang pada tengah hari namun bot mangsa ditemukan kosong dan terapung oleh penduduk kampung pada jam 3.35 petang.

Mangsa dilaporkan hilang dan tidak ditemui sehinggalah mayat mangsa ditemui dalam operasi SAR hari kedua, pada Isnin.

Seramai 90 orang termasuk pasukan keselamatan, sukarelawan dan persatuan nelayan terlibat dalam operasi SAR tersebut.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|