Mari eratkan perpaduan dan persefahaman: Hajiji

Mari eratkan perpaduan dan persefahaman: Hajiji

Tuaran: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengajak rakyat berbilang kaum di negeri ini terus mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan yang sedia terjalin.

Katanya, dalam kemeriahan menyambut Hari Kemerdekaan, perpaduan dan persefahaman dikalangan rakyat pelbagai suku kaum dan kepercayaan agama perlu terus ditingkatkan.

Beliau berkata, ini penting bagi memastikan Sabah terus mengecapi kemajuan dan pembangunan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Semangat bersatu padu, setiakawan dan hormat menghormati mampu mewujudkan suasana harmoni dan sejahtera”…Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Rakyat perlu menghargai kemerdekaan yang dikecapi oleh negara dan negeri Sabah.

Sebab itu pada tahun ini selain menyambut Hari Kebangsaan, kita juga akan menyambut Hari Sabah yang menandakan hari kemerdekaan negeri ini daripada penjajahan British yang akan disambut buat julung kalinya pada 31 Ogos ini”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Sukan “Lions Tuaran Merdeka Run & Cycling 2023” di Padang Pekan Tuaran pada Sabtu.

Hajiji berkata, semangat bersatu padu, setiakawan dan hormat menghormati mampu mewujudkan suasana harmoni, sejahtera dan bersatu padu.

Hajiji dalam masa sama berharap melalui karnival sukan yang dianjurkan oleh Lions Club Tuaran bukan sahaja memupuk budaya sukan, malah menyemarakkan semangat patriotik dan kemerdekaan dikalangan rakyat.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|