Isu tanah Nabawan, tindakan Ketua Cabang PKR Pensiangan dangkal fakta: Pemuda PGRS Nabawan

Isu tanah Nabawan, tindakan Ketua Cabang PKR Pensiangan dangkal fakta: Pemuda PGRS Nabawan

Kota Kinabalu: Pergerakan Pemuda PGRS Nabawan menyelar tindakan Ketua Cabang PKR Pensiangan, Raymond Ahuar yang disifatkan ‘dangkal fakta’ melibatkan kes isu tanah mengaitkan ADUN Nabawan, Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, baru-baru ini.

Ketua Pemudanya, Awang Azuan Pengiran Hamzah berkata, tindakan Raymond yang membuat laporan berhubung isu itu di pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) daerah Keningau turut disifatkan cubaan kepada mencalarkan imej ADUN Nabawan berkenaan memandangkan laporan kes tersebut sudah dimaklumkan ke peringkat tertinggi.

“Laporan tersebut mengenai isu tanah yang sebenarnya sudah selesai beberapa bulan yang lalu, malah isu itu sudah dijelaskan semasa sesi sidang DUN Sabah dan pihak media sudah pun melaporkannya

“Tiada unsur salah guna kuasa untuk kepentingan mana-mana pihak, kami menyeru agar isu ini tidak digembar-gemburkan lagi, “katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

“Sehubungan dengan itu, kami menyeru agar pimpinan parti komponen GRS dan Kerajaan Perpaduan menolak dakwaan Ketua Cabang PKR Pensiangan”…Ketua Pemuda PGRS Nabawan, Awang Azuan Pengiran Hamzah.

Terdahulu, menurut sebuah laporan portal atas talian pagi ini, Raymond dikatakan membuat laporan di pejabat SPRM Keningau berhubung dakwaan salah laku permohonan tanah seluas 320 ekar bagi tujuan perniagaan komersil di Nabawan.

Menurut laporan itu, Ketua Cabang PKR Pensiangan tersebut pada masa sama mendedahkan Abdul Ghani, selaku Pengerusi SLDB (badan GLC Sabah) telah membuat permohonan berkenaan bagi mewakili komuniti Nabawan untuk dibangunkan tanah dimaksudkan.

Sementara itu, Awang Azuan dalam kenyataan media sama turut meluahkan kekecewaan pihak mereka kerana tindakan Raymond yang dilihat dengan sengaja mencalarkan nama baik dan reputasi ADUN Nabawan, tanpa meneliti isu tersebut sebelum membuat laporan SPRM.

“Sehubungan dengan itu, kami menyeru agar pimpinan parti komponen GRS dan Kerajaan Perpaduan menolak dakwaan Ketua Cabang PKR Pensiangan.

“Kami juga menyeru kepada seluruh akar umbi (PKR) Pensiangan dan pimpinan Pusat sebulat suara menolak Raymond agar digantikan dengan individu yang lebih berkelayakan berikutan peristasinya yang kurang baik dan khidmatnya yang tidak menunjukkan keprihatinan dan sikap perpaduan, “katanya lagi.

Terdahulu, Abdul Ghani ketika menjelaskan isu tersebut di dalam sidang DUN pada 24 Mei tahun ini mendedahkan isu tersebut di mana ramai pemohon meminta bantuan daripadanya untuk menggunakan namanya bagi membangunkan tanah mereka bersama SLDB.

Jelasnya, ia permohonan terbabit juga adalah bersifat sementara dan akan diserahkan semula kepada pemohon yang terlibat dalam perancangan yang antaranya adalah penubuhan koperasi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|