Kota Kinabalu: Lebih 550 pelajar daripada program asasi, diploma dan ijazah bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-2 University College Sabah Foundation (UCSF), 14 Januari ini.
Naib Canselor UCSF, Dr Rafiq Idris berkata, adalah penting untuk menyokong matlamat pembangunan negeri dengan melahirkan masyarakat yang berpendidikan tinggi.
Menurutnya, selain memiliki gabungan pengetahuan serta kemahiran yang betul dan pelbagai berdasarkan permintaan sektor.
“Majlis berkenaan akan diadakan pada 14 Januari ini di Sabah International Convention Centre (SICC).
“UCSF sedang berusaha untuk menyokong agenda pembangunan Sabah dengan menyediakan modal insan yang akan memberi manfaat kepada negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, universiti itu terdiri daripada empat fakulti: pengurusan dan keusahawanan, sains semula jadi dan kemampanan, seni dan media kreatif, serta pembangunan dan pengajian pelbagai budaya.
“Institut Kajian Borneo dan Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik juga ditempatkan di institusi ini.
“Di bawah pusat pengajaran dan pembelajarannya, universiti ini turut menjalankan Program Khas Anak Negeri dan Nature Inspiration Art Gallery (NIAG),” katanya.
Rafiq turut berkata bahawa tanpa mengira ijazah yang mereka ceburi, institusi itu sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang berpendidikan dari segi kewangan, digital dan alam sekitar.
Tambah beliau, UCSF berhasrat untuk menyokong pertumbuhan industri kreatif Sabah serta agenda pembangunan negeri.
-Deasoka