PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas van yang dipandunya terbabas sebelum termasuk ke dalam belukar di Jalan Papar Lama-Penampang, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, mangsa berusia 35 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di anggota badan dan sudah di bawa ke hospital untuk tindakan lanjut.
Jelasnya, seorang lagi mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun yang dipercayai penumpang van berkenaan hanya mengalami cedera ringan.
Mayat mangsa ditemukan di lokasi kejadian dalam kejadian berkenaan.(Gambar oleh IPD Penampang)
“Polis menerima maklumat mengenai kemalangan ini pada jam 5.11 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi untuk pemeriksaan.
“Hasil siasatan awal, van dipandu mangsa telah terbabas sejauh 100 meter dan termasuk belukar berhampiran belakang Kem Lok Kawi.
“Akibat kemalangan itu, seorang mangsa maut manakala seorang lagi mangsa cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Deasoka