TAWAU: Seorang lelaki maut dalam insiden lori pembancuh simen yang terbabas sendiri dan terbalik dalam kejadian berhampiran Kampung Serundung Baru, Jalan Lucia, dekat sini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.59 petang berhubung kejadian itu.
“Sepasukan anggota dari BBP Tawau dikerahkan ke lokasi dan sebaik tiba, kita dapati ada sebuah lori pembancuh simen terbabas sendiri serta terbalik di tempat kejadian.
“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh bomba dengan bantuan lori ‘towing’ 22 tan, “katanya.
Mangsa lelaki berusia 59 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan yang turut berada di tempat kejadian.
Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Deasoka