TUARAN: Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila bas penumpang dibawanya terbabas ke parit ketika banjir kilat berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Bakut, dekat sini, petang tadi.
Mangsa, berusia 80 tahun itu difahamkan terselamat dengan bantuan orang awam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan awam sebelum sepasukan anggota dikerahkan untuk operasi menyelamat.
“Berdasarkan laporan awal, kejadian ini melibatkan sebuah bas berkapasiti 32 penumpang terbabas masuk parit di tepi jalan di kawasan banjir.
“Terdapat sorang mangsa (pemandu) yang terlibat dan dilaporkan dalam keadaan selamat.
“Tindakan pasukan Bomba membuat pemeriksaan di sekitar bas dan seterusnya memantau kawasan banjir dan mendapati keadaan masih terkawal,” katanya.
Operasi ditamatkan pada jam 6.30 petang.
Deasoka