Lelaki hilang ditemui mati lemas

Lelaki hilang ditemui mati lemas

RANAU: Seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di hutan dalam kejadian di Kampung Kimolohing, Ranau, kelmarin telah ditemukan mati lemas di sungai berhampiran lokasi terbabit.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah berkata, mangsa ditemui oleh pasukan penyelamat di sungai terbabit kira-kira jam 11.30 tengah hari tadi.

Mangsa yang ditemukan mati lemas di sungai berhampiran lokasinya hilang dalam kejadian berkenaan.

Gambar oleh BBP Ranau

“Mangsa telah berjaya dijumpai di sungai oleh pasukan penyelamat pada jam 11:30 tengah hari kira-kira 300 meter dari lokasi mangsa di khuatiri hilang.

“Mangsa tersebut seterusnya diserah kepada Pihak PDRM untuk tindakan lanjut, ” katanya sambil menambah, operasi itu tamat pada jam 1 petang hari ini.

Terdahulu, mangsa yang berusia 42 tahun itu dikatakan hilang selepas keluar ke kebunnya berhampiran kampung berkenaan sejak 11 Disember sebelum usaha pencarian dilakukan oleh pihak berkuasa dengan bantuan penduduk setempat.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|