KPDN nafi isu tular subsidi diesel dihapuskan

KPDN nafi isu tular subsidi diesel dihapuskan

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini menjelaskan bahawa beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial berkaitan “subsidi diesel dihapuskan bagi kenderaan diesel bermula 1 Januari 2024” adalah maklumat yang tidak benar.

Dalam kenyataan media rasmi kementerian itu hari ini, KPDN sedang menjalankan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel melibatkan enam (6) syarikat yang menerima kuota bagi skid tank mereka yang akan tamat tempoh pada 14 Januari 2024.

“Ia sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu. Proses pengujian ini perlu dilaksanakan bagi melihat kecekapan sistem yang dibangunkan agar ia benar-benar menepati spesifikasi dan matlamat penyasaran semula subsidi diesel seperti mana yang dirancang.

“KPDN berharap agar tidak ada mana-mana pihak menghebahkan sesuatu perkara yang tidak jelas dan boleh mengelirukan orang ramai,” kata kenyataan berkenaan.

Sebarang pengumuman rasmi hanya akan dibuat oleh pihak KPDN dan Kementerian Kewangan berhubung mekanisme pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel setelah selesai sesi libat urus dan uji lari sistem fleet card dan Sistem MySubsidi Diesel dilaksanakan.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|