Lantikan Kabinet negeri lengkap – Jeffrey Kitingan

Lantikan Kabinet negeri lengkap – Jeffrey Kitingan

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menyifatkan barisan Kabinet negeri yang baru diumumkan sebagai lengkap.

Sambil menyambut baik lantikan itu, beliau berkata ianya juga lebih inklusif kerana adanya lantikan menteri wanita dan wakil daripada parti lain.

“Ya, saya gembira kerana ianya lebih lengkap, ada menteri wanita dan wakil daripada Pakatan Harapan (PH), jadi ianya sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di luar perkarangan Istana Seri Kinabalu selepas Istiadat Angkat Sumpah Kabinet negeri, hari ini.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri berkata, keputusan lantikan Menteri Kabinet negeri ini adalah berdasarkan keputusan Kerajaan Negeri.

Beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira dengan lantikan itu.

“Ya, beliau (Anwar) sudah menghubungi Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor semalam,” katanya lagi.

Sementara itu, Datuk Ellron Angin yang dilantik semula sebagai Menteri Belia dan Sukan berkata beliau menyambut baik pembentukan kabinet negeri kerana ia melambangkan pentadbiran yang stabil.

“Saya sangat-sangat gembira kerana ia merupakan sebuah kerajaan yang stabil. Tiada masalah,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|