Kontraktor didenda RM30,000 kemuka tiga penyata akaun bank palsu

Kontraktor didenda RM30,000 kemuka tiga penyata akaun bank palsu

Tawau: Seorang lelaki didenda RM30,000 selepas mengaku salah mengemukakan penyata akaun bank palsu lima tahun lalu ketika dihadapkan di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, di sini, hari ini.

Tertuduh, Abdul Jalil Mohammad, 53, iaitu seorang kontraktor membuat pengakuan itu selepas pertuduhan alternatif terhdapanya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.

Berdasarkan pertuduhan alternatif pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa menggunkan dokumen palsu iaitu tiga penyata akaun bank sebagai tulen untuk mendapatkan tender menyewa dan menguruskan kantin sebuah sekolah Semporna kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna pada 1 November 2017.

Berikutan itu, Abdul Jalil didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan hukuman penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan jika tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun tertuduh membayar semua denda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Norsham Saharom, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|