Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, petang ini.
Rombongan beberapa kenderaan rasmi membawa Ketua Menteri dilihat tiba di Istana Seri Kinabalu pada sekitar 4.20 petang tadi.
Terdahulu, pengamal media sudah mula berkumpul di luar perkarangan Istana Negeri seawal jam 9 pagi tadi.
Selain itu, dilihat beberapa kenderaan polis berada di sekitar laluan pintu masuk ke istana.
-Deasoka