Kota Kinabalu: Kenderaan yang membawa Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dilihat meninggalkan Istana Seri Kinabalu pada jam 5.13 petang tadi selepas hampir sejam berjumpa Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Tidak ketahui tujuan perjumpaan itu, namun difahamkan ia ada kaitan dengan situasi politik yang berlaku di Sabah ketika ini.

Pengamal media yang berada di luar perkarangan istana cuba mendapatkan komen beliau, bagaimanapun Hajiji hanya menurunkan tingkap kereta dan melambai ke arah media.
Sebelum itu, rombongan kenderaan yang membawa beliau dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 4.20 petang tadi.

Pengamal media sudah mula berkumpul di luar laluan memasuki Istana Seri Kinabalu sejak seawal jam 9 pagi tadi.
-Deasoka