Dua ditahan dalam Ops Mabuk di Keningau

Dua ditahan dalam Ops Mabuk di Keningau

Keningau: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau melancarkan operasi ‘Op Mabuk’ di Kilometer 1, Jalan Apin-Apin-Keningau, di sini, semalam.

Operasi yang dilancarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) itu dilaporkan berjaya mengeluarkan empat saman atas pelbagai kesalahan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan IPD Keningau hari ini berkata, dalam operasi bersepadu berkenaan, sebanyak 80 individu berjaya diperiksa.

Katanya, operasi turut melakukan pemeriksaan terhadap 60 pelbagai jenis kenderaan.

“Dua pemandu diarahkan menjalani ujian EBA dan didapati positif memandu dibawah pengaruh alkohol.

“Kedua-dua terus ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, pihak BSPT Keningau akan terus menjalankan operasi seumpama ini bagi menyampaikan mesej kerajaan bagi menbendung gejala pemandu mabuk.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan keselamatan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

“Polis juga akan turut melancarkan operasi membendung kenderaan yang diubahsuai tanpa kebenaran dan penunggang atau pemandu tanpa lesen memandu yang sah serta memapamerkan aksi bahaya,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|