Ketua Menteri berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Lok Nunuk Tuaran

Ketua Menteri berbuka puasa bersama rakyat di Kampung Lok Nunuk Tuaran

Tuaran: Seramai 274 penerima dari Kampung Lok Nunuk dan Kampung Baru-Baru telah menerima sumbangan duit raya dan bakul makanan yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, di perkarangan Surau Darul Iman, Kampung Lok Nunuk, hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah (YS) turut meluangkan masa berbuka puasa bersama penduduk kampung pada program Majlis Berbuka Puasa dianjuran Yayasan Sabah dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.12 Sulaman.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan sumbangan duit raya dan bakul makanan kepada golongan kurang mampu pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Surau Darul Iman, Kampung Lok Nunuk Tuaran, hari ini.

Beliau turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada YS kepada Surau Darul Iman Kampung Lok Nunuk, berupa tikar sejadah, lampu solar dan kurma.

Turut hadir Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya; ADUN Karamunting, George Hiew Vun Zin; Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali dan Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Datuk Johari Saiman.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|