Kerajaan Persekutuan digesa percepat pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo

Kerajaan Persekutuan digesa percepat pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri ingin Kerajaan Persekutuan menyegerakan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian ketika membincangkan isu berkenaan pada pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya, di sini, hari ini.

Menurut laporan, 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo masih belum dimulakan.

Hajiji turut membincangkan bersama Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, mengenai cara untuk meningkatkan produktiviti perladangan koko di Sabah.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Siti Aminah Aching.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|