Kerajaan Negeri komited bawa pembangunan untuk rakyat – Hajiji

Kerajaan Negeri komited bawa pembangunan untuk rakyat – Hajiji

Putatan: Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) komited untuk membawa kesejahteraan kepada semua rakyat di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kerajaan yang saya pimpin hari ini bekerja keras untuk membawa kemajuan dan pembangunan kepada negeri dan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima, di Masjid Jamek, hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan penyerahan sumbangan kepada ibu tunggal dan asnaf di Masjid Jamek, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengulangi akan pentingnya agar semua, khususnya umat Islam, untuk mengambil peluang bagi mengeratkan hubungan sepanjang bulan Ramadan.

Beliau mengingatkan bahawa perpecahan dan keretakan dalam kalangan rakyat hanya akan menghindar kemajuan dan pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan.

Terdahulu, beliau yang diiringi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Sahari telah menyerahkan sumbangan kepada para penerima.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin dan Menteri Pembangunan Perindustrian, Phoong Jin Zhe.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|