Hajiji terima kunjungan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri baharu

Hajiji terima kunjungan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri baharu

Kota Kinabalu: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang baru dilantik, Raisin Saidin telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di pejabatnya, di Menara Kinabalu.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, beliau berharap agar Jabatan Pendidikan Negeri Sabah akan terus menyokong usaha kerajaan dalam memperkasa pendidikan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin bertemu Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.

“Saya berharap Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, di bawah pimpinan Raisin, akan terus membantu Kerajaan Negeri dalam usaha memartabatkan kecemerlangan akademik di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Terdahulu, Raisin yang merupakan Timbalan Pengarah Kanan di Kementerian Kesihatan telah menggantikan Datuk Tah Nia Jaman.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|