Kembalikan kegemilangan Taman Warisan Batu Sapi

Kembalikan kegemilangan Taman Warisan Batu Sapi

BATU SAPI: Satu kerjasama strategik akan dilaksanakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Sabah bersama Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam usaha mengembalikan kegemilangan Taman Warisan Batu Sapi, di sini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, usaha itu cukup penting bagi mengangkat martabat taman berkenaan sebagai konteks eko-pelancongan di daerah tersebut.

Jelasnya, usaha memajukan taman ini daripada segi membaikpulih persekitarannyan perlu memandangkan suatu ketika dahulu ia menjadi kebanggaan masyarakat Sandakan.

“Taman Warisan Batu Sapi Sandakan ni sentiasa menjadi satu tempat tarikan terutamanya kepada pelancong-pelancong baik di negeri Sabah atau pun luar negeri Sabah tetapi persoalannya di sini bagaimana cara kita untuk menarik pelancong-pelancong luar melihat Taman Warisan ni sebagai satu identiti yang cukup penting di kawasan Batu Sapi.

“Itu sebabnya kita melakukan kerjasama strategik… kerjasama strategik ni bukan sahaja dari sudut pembangunannya tetapi juga pengisiannya,” katanya.

Khairul ditemui sejurus selepas menyempurnakan perasmian Program Voluntourism @Taman Warisan Batu Sapi Sandakan pada petang Ahad.

Hadir sama ialah Presiden MPS, Henry Idol.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Batu Sapi ini yakin pelan induk pelancongan yang disediakan pihak MPS berupaya untuk mengembalikan kegemilangan taman yang mempunyai nilai warisan tersendiri dalam konteks sejarah.


Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|