Kem TDM Felda Sahabat Lahad Datu dibina dalam masa terdekat

Kem TDM Felda Sahabat Lahad Datu dibina dalam masa terdekat

Sandakan: Kem Tentera Darat Malaysia (TDM) baharu di Felda Sahabat, Lahad Datu, akan dimulakan dalam masa terdekat.

Ia selepas pembinaan kem itu diluluskan dengan kos keseluruhan pembinaan adalah sebanyak rm646.15 juta.

Mohamad menerima taklimat ringkas pengoperasian ATM di Pos Kawalan Tanduo, Lahad Datu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, inisiatif itu adalah bertujuan untuk memindahkan satu Batalion Infantri dan unit-unit 13 Briged ke lokasi berkenaan.

Katanya, ia antara usaha
untuk meningkatkan lagi tahap keupayaan dan kesiap siagaan TDM dalam menangani ancaman semasa sekali gus mengukuhkan lagi tahap keselamatan di pantai timur Sabah.

“Keberadaan pos dan kawalan tentera serta kem tentera baharu yang akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di kawasan berkenaan dilihat dapat memberikan keyakinan dan kepercayaan masyarakat kepada ATM dan negara.

“Usaha-usaha yang berterusan dalam membina kesepakatan dalaman,
peningkatan kesiagaan serta pengukuhan kerjasama pertahanan antara warga ATM dan penduduk tempatan dilakukan secara menyeluruh dan mampan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sebelum itu beliau melawat ke Pos Kawalan Tanduo di Lahad Datu.

Beliau turut menerima taklimat ringkas pengoperasian dan aktiviti yang dijalankan oleh seluruh warga ATM telah dibentangkan bagi memberi gambaran dan situasi sebenar yang dilalui mereka sejak penubuhan dan pengoperasian pos berkenaan.

Beliau kemudiannya melawat ke sekolah 3M Angkatan Tentera Malaysia di Pulau Berhala, di sini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|