Jumpa mayat rakan tergantung di bilik sewa

Jumpa mayat rakan tergantung di bilik sewa

Ranau: Mayat seorang wanita ditemui tergantung di sebuah bilik sewa di Koisaan Point, di sini, kelmarin.

Mangsa berusia lingkungan 20 tahu ditemui rakan sekerjanya yang datang ke bilik sewa berkenaan untuk mengambil kunci kedai yang disimpan oleh mangsa, kira-kira jam 9 pagi.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin

Difahamkan, sebelum rakannya ke bilik sewa itu, dia beberapa kali menghubungi telefon bimbit mangsa namun tiada jawapan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, sepasukan pegawai dan anggota ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu.

Katanya, pemeriksaan pada badan mangsa dan sekitar lokasi tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Setakat ini tidak terkesan sebarang bukti atau unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke forensik Hospital Ranau untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Tamparuli itu bekerja sebagai pembantu kedai di daerah ini.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|