Jumpa KM, hanya pertemuan biasa: Yakub

Jumpa KM, hanya pertemuan biasa: Yakub

KOTA KINABALU: Hanya pertemuan biasa, bukannya sulit seperti yang didakwa.

ADUN Karambunai, Datuk Yakub Khan berkata, sebaliknya pertemuan berkenaan adalah membincangkan dasar-dasar kerajaan perpaduan selain isu-isu keperluan rakyat di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, tidak timbul juga sebarang isu mengaitkan wakil-wakil rakyat UMNO yang hadir pada pertemuan terbabit untuk keluar parti atau menyertai parti-parti lain.

“Pertemuan itu bukanlah sulit seperti mana yang didakwa segelintir pihak memandangkan lokasi itu terbuka, dan kami hanya makan malam bersama beliau (Ketua Menteri).

“Kami dalam masa yang sama membincangkan mengenai dasar kerajaan perpaduan yang dilaksanakan di peringkat pusat untuk sama-sama diperhalusi di negeri ini, “katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui dalam majlis penyampaian watikah pelantikkan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Giat MARA di MRSM Ranau, hari ini.

Watikah pelantikkan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraff Wajdi Dusuki.

Sementara itu, jelas Yakub, pertemuan makan malam dengan Ketua Menteri itu bukanlah membincangkan isu-isu politik dan hanya sekadar mengikat silaturahim di antara pemimpin kedua-dua pihak.

“Seperti mana yang saya sentuh dan tekankan di sini, tidak timbul isu kami membelakangkan parti yang ada hanyalah pertemuan biasa dengan Ketua Menteri sambil kami mengambil peluang menyuarakan isu-isu di kawasan kami, itu sahaja, “katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|