Isu Ambalat, kenyataan ADUN Tungku tidak mempunyai asas: Hajiji

Isu Ambalat, kenyataan ADUN Tungku tidak mempunyai asas: Hajiji

Kota Kinabalu: Kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku, Assaffal Alian yang mendakwa Malaysia telah menyerahkan blok Ambalat kepada Indonesia, disifatkan tidak berasas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, kenyataan Assafal berkenaan isu sensitif itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ia jelas mengelirukan rakyat.

“Kita tidak boleh ‘mislead’ rakyat ataupun negeri kita. Ini perkara sensitif.

“Kita akan melihat macam mana perlu kita ambil tindakan jika sekiranya apa yang dinyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul,” katanya.

“Perkara telah dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini”…Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Hajiji, , kenyataan ADUN Tungku itu disifatkan tidak mempunyai asas memandangkan isu berkenaan masih berada di peringkat perbincangan.

Malah menurut beliau, perkara telah dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Untuk rekod, isu blok Ambalat menjadi kontroversi susulan Assaffal yang menyuarakan kebimbangan dan dakwaan Malaysia telah menyerahkan Ambalat kepada Indonesia dalam persidangan DUN Sabah pada 10 Ogos lalu.

Susulan kenyataan tersebut, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin kemudiannya menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan Triti Laut Sulawesi yang telah ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat.

Jelas Mohamad, ia hanya membabitkan sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|