Imbau kembali wadah perjuangan parti – Sharif Musa

Imbau kembali wadah perjuangan parti – Sharif Musa

Lahad Datu: Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul memohon kepada ahli UMNO di seluruh negara untuk mengimbau kembali wadah perjuangan parti yang menjadi bidan kepada pembentukan Malaysia, dan menyelamatkan demokrasi dari rahang kediktatoran komunisme.

Beliau berkata, UMNO mempunyai sejarah dan fakta bagi mengingati generasi baharu bahawa UMNO telah melancarkan perang terhadap kemiskinan dan buta huruf, merencanakan kejuruteraan sosial, membawa pembangunan kawasaan luar bandar.

“Mendepani Ulang Tahun UMNO ke-77, ayuh kukuhkan saf perjuangan, satukan hati-hati kita dalam perpaduan.

“Yakinlah bahawa perjuangan kita ialah perjuangan yang benar dan mulia. Inilah masanya untuk kita mengukuhkan barisan yang ada demi memastikan masa depan bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, hari ini, UMNO mempunyai tugas yang amat berat untuk memastikan bukan sahaja sokongan dan dukungan pada massa terhadapi Masyarakat Madani, tetapi UMNO menentukan semua rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Bumiputera mendapat peluang yang adil dan saksama daripada usaha menjayakannya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|