Hina Islam, NGO lapor polis

Hina Islam, NGO lapor polis

TUARAN: Pertubuhan Amal Kembara Aspirasi Sabah (PAKAS) telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Tuaran pada Selasa, berikutan kes seorang warga media sosial yang telah keterlaluan menghina agama Islam dengan kata-kata yang melampaui batas.

Mengikut Pengerusi PAKAS, Kefayatullah Malik berkata, mereka mengambil keputusan untuk membuat laporan polis kerana isu agama merupakan perkara yang sensitif dan bukannya perkara yang boleh dianggap gurauan.

Menurutnya lagi, para pemimpin dan pihak berkenaan perlu mengambil serius dan mengambil tindakan yang tegas tanpa sebarang kompromi dengan segera bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Katanya,sekiranya perkara menghina agama dibiarkan tanpa sebarang tindakan, isu ini boleh mengancam keharmonian khususnya di negeri Sabah.

“Para pemimpin di negeri ini juga seharusnya mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut kes penghinaan terhadap agama yang semakin banyak di media sosial agar perkara sedemikian dapat dibendung,” katanya.

Menurutnya, perpecahan antara kaum akan bermula apabila senario ini mula menular dalam masyarakat dan dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Terdahulu, tular beberapa tangkap layar di media sosial menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap agama Islam oleh beberapa individu yang berasal daripada Sabah.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|