Hanya 87 mangsa bencana masih berada di PPS

Hanya 87 mangsa bencana masih berada di PPS

Kota Kinabalu: Hanya 87 mangsa bencana daripada 20 Ketua Isi Rumah (KIR) dilaporkan masih berada di pusat pemindahan sementara di Sabah, setakat petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, jumlah itu menunjukkan penyusutan ketara berbanding 175 mangsa daripada 48 KIR yang dilaporkantengah hari tadi.

Sebahagian mangsa banjir di Beaufort dihantar pulang selepas keadaan banjir dilaporkan pulih.

“Jumlah itu membabitkan mangsa daripada dua daerah yang masih terjejas, iaitu Beaufort dan Tawau.

“Berdasarkan data, di Beaufort, mangsa banjir yang dicatat adalah seramai 46 mangsa daripada 12 KIR.

“Sementara itu, di Tawau, penduduk yang dipindahkan ke PPS adalah mangsa kebakaran iaitu seramai 41 mangsa daripada 8 KIR,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Jelasnya, kesemua mangsa ditempatkan di dua PPS Dewan Serbaguna Selagon di Beaufort dan Masjid Al Munawwaroh Kampung Jawa di Tawau.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|