Hamzah jangan lupa gelaran ‘Politikus Paling Bangsat’, selain gelaran ‘Din Cirit’ kepada Muhyiddin – Razeef

Hamzah jangan lupa gelaran ‘Politikus Paling Bangsat’, selain gelaran ‘Din Cirit’ kepada Muhyiddin – Razeef

Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Razeef Rakimin mengambil maklum dakwaan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin bahawa rakyat memberi pelbagai gelaran buruk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti ‘Madanon’ dan ‘kunyit’.

Menurutnya, beliau melihat rakyat tidak sebiadab itu untuk menggelar seorang Perdana Menteri paling ‘perform’ dengan gelaran berkenaan kecuali tentera upahan Perikatan Nasional (PN) itu sendiri.

Selain itu, beliau juga memaklumkan tindakan tersebut adalah kerana rakyat terseksa.

“Sebenarnya rakyat terseksa atas kegagalan 33 bulan kerajaan PN mentadbir dan kesan dari segi ekonomi serta emosi masih boleh dirasai sebahagian rakyat walau negara semakin pulih dari krisis ekonomi dan kos sara hidup.

“Di sini, jelaslah bahawa PN dan PAS tidak ada tawaran halatuju yang baik dalam kempen kali ini melainkan menghina serta memainkan sentimen kaum dan agama walaupun mereka beberapa kali bersikap biadab terhadap Majlis Raja-Raja Melayu.

“Tidak perlu saya ungkit soal kehilangan lebih 30 ribu jiwa akibat kegagalan kerajaan PN mengekang penularan wabak COVID-19. Tidak perlu saya ungkit soal statistik kes bunuh diri akibat tekanan ekonomi tertinggi ketika PN mentadbir.

“Tidak perlu saya ungkit bagaimana kerajaan PN menaikkan harga barang seperti minyak masak, ayam dan sebagainya termasuk kegagalan mengurus kekurangan bekalan makanan seperti telur dan sebagainya.

“Cukuplah rakyat sendiri merasa seksa di bawah kerajaan PN yang zalim,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Razeef berkata, berbeza dengan hari ini, kerajaan berjaya mengawal dan menurunkan banyak harga barangan keperluan asas seperti minyak masak, ayam, telur dan lain-lain.

Jelasnya, ini termasuk lebih banyak inisiatif serta pelan membasmi kemiskinan yang memanfaatkan dan dirasai semua golongan lapisan masyarakat.

“Hamzah, tidak perlu saya ingatkan ‘double standard’ Menteri dan pemimpin PN ketika perintah kawalan pergerakan dilaksana. Rakyat dikurung tetapi mereka boleh beriadah sesuka hati, bermain golf dan mengadakan pesta durian.

“Tidak perlu saya ingatkan bagaimana rakyat yang kelaparan sehingga terpaksa mengangkat bendera putih disindir Muhyiddin dengan menyatakan tidak perlu mengangkat bendera putih, sebaliknya angkat bendera biru (PN).

“Dan Hamzah perlu ingat, selain pelbagai gelaran terhadap Muhyiddin dahulu seperti Din Sembab, Din Tompok dan PM PDF serta PM Cirit, beliau juga mendapat gelaran ‘Politikus paling bangsat’ terutama selepas berjaya menarik wakil-wakil rakyat di Sabah sehingga berlakunya Pilihanraya Negeri Sabah 2020.

“Dan kerana ‘kerja bangsat’ Hamzah inilah kes jangkitan wabak COVID-19 meningkat mendadak melalui kluster PRN sehingga menyaksikan kes kematian tertinggi dan berpanjangan sehingga setahun,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Hamzah tidak layak mengatakan rakyat terseksa hari ini selepas kerajaan Perpaduan berjaya mengembalikan negara ke landasan yang tepat untuk kembali menjadi sebuah negara maju serta membantu rakyat keluar dari kemiskinan akibat kegagalan kerajaan PN dahulu.

Tambahnya, beliau yakin rakyat tidak ingin kembali berada di bawah pentadbiran kerajaan PN yang gagal.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|