Hajiji terima kunjungan hormat Hannah Yeoh dan Duta Jepun Ke Malaysia

Hajiji terima kunjungan hormat Hannah Yeoh dan Duta Jepun Ke Malaysia

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Hannah Yeoh di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini.

Ia adalah kunjungan pertama Hannah setelah dilantik ke jawatan itu, akhir tahun lalu.

Beliau memberi taklimat ringkas kepada Hajiji mengenai program dan aktiviti kementerian yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.

Hajiji berharap Hannah akan membantu Sabah meningkatkan lagi kemudahan infrastruktur belia dan sukan di negeri ini, termasuk menaik taraf infrastruktur sedia ada.

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko.

Ia adalah kunjungan kali kedua Takahashi kepada Hajiji.

Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Hajiji membangunkan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Hajiji berharap dengan hubungan baik di antara negara Jepun-Malaysia dan Sabah, lebih ramai pelabur dari Jepun akan melabur di negeri ini, selain kedatangan lebih ramai pelancongan dari negara matahari terbit itu.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|